Friday, May 2, 2008

Surat Terbuka Untuk Ibrahim Ali Dari Pasir Mas

Hari ini setelah berjaya mendapat title MP , dia berjalan dengan penuh bergaya. Berlagak sungguh dia. Melangkah kedewan parlimen sebagai pemenang. Kini dia menunggu lamaran dari parti lamanya iaitu parti keris bersilang.Sungguh biadap dan angkuh apabila dengan sombong dia memukul gendang dan membuat hebahan bahwa dia bukan MP daripada PAS. Dari dulu lagi sekor ni tak boleh dipercayai. Jenis yang suka memijak pihak lain untuk kepentingan dan cita-citanya. Inilah spesis yang tak tahu bersyukur. Yang tidak tahu mengenang budi. Tidak tahu berterima kasih. Yang tidak sedarkan diri. Dan yang tak tahu malu.



Cerminlah diri. Kita nak tanya, dalam p/raya 2004 dimana sekor ni bertanding atas lambang bebas, berkempen guna jentera p/raya sendiri. BERAPA UNDI YANG DIA DAPAT ? Selesai p/raya 2004 dia menyalak bagikan anjing gila. Salahkan SPR, salahkan agensi2 kerajaan kerana mereka telah merampas kemenangannya (konon).Pilihanraya yang lepas dengan ihsan PAS dia dibenarkan memakai lambang PAS. Jentera p/raya PAS membantunya berkempen. Dan hari ini dia bergelar MP semula. Sepatutnya dia insaf akan kejujuran PAS membantunya. Biarpun tidak disuruh, sebagai tanda keinsafan dan rasa terima kasih sepatutnya dia mengisytihar MASUK PAS. Ini tidak. SEcara lantang dia memberitahu seluruh negara bahwa dia bukan MP PAS.Apa tujuannya membuat kenyataan itu?

Tidakkah itu seolah-olah untuk memberitahu umno bahwa dia berminat untuk melompat semula kedalam kandang umno. Menjadi tanda tanya mengapa PAS membenarkan sekor ni guna lambangnya tanpa dikenakan apa2 syarat. Sepatutnya parlimen Pasir Mas milik PAS meskipun berlaku pertandingan tiga penjuru , PAS -umno -Bebas.

Kamu jangan sesekali mempermainkan harapan rakyat Pasir Mas..ada fahaaamm!!Kalau dah PAKATAN tu,berpakat je lah..Itu harapan rakyat.Kamu dah berjanji nak berpakat dengan rakyat untuk bersama Pas,Keadilan dan DAP untuk tentang penyelewengan BN,tunaikan lah..jangan dok berpakat dengan UMNO/BN pulak.Ramai rakyat P.Mas yg tinggal di Lembah Kelang menanti suara keramat mu untuk menentang UmNo dan Barisan Nasional...

No comments: